Friday, 15 June 2012

Splendid 6 Brush Set


SPLENDID 6 BRUSH SET

Dicipta dalam bentuk yang comel dan tahan lama, set mudah-alih ini direka supaya senang dimuat dalam beg solek, beg tangan atau beg dokumen agar anda lebih mudah untuk menggunakan alat solek apabila diperlukan. Set berus lembut ini mempunyai kualiti tahap profesional. Diperbuat daripada nilon dan bulu kuda berkualiti tinggi agar solekan dapat dilakukan dengan mudah dan halus apabila menggunakannya.

Spledid 6 Brush Set ini terdiri daripada:
- berus bedak
- berus untuk penggunaan bedak asas dan concealer
- berus blend
- berus pembayang mata
- berus berspan
- berus bersudut.

CARA PENGGUNAAN

Lap dengan lembut bahan-bahan solekan lebihan yang terdapat pada berus sebelum menyimpannya. Basuh dengan air suam bersabun setiap dua minggu dan keringkannya secara mendatar.

HARGA - RM166

Skrub Badan Polish Me Perfect


SKRUB BADAN POLISH ME PERFECT

Gabungan pekat 10 jenis beri dan buah-buahan memberikan nutrisi tambahan untuk memperbaiki dan melembabkan kulit anda. Kulit kacang walnut dan biji aprikot membantu menanggalkan sel kulit mati dengan lembut dan efektif untuk menyerlahkan kulit yang halus, licin dan bersinar.

CaRA PENGGUNAAN

Selepas mandi, ambil dalam jumlah yang bersesuaian dan letak di atas tapak tangan dan urut pada keseluruhan badan dengan gerakan membulat. Selepas itu bilas dengan bersih. Guna satu atau dua kali seminggu. Untuk hasil terbaik, guna bersama Shower Me Smoothly Shower Gel dan Moist Me Marvellous Body Lotion.

HARGA - RM43

Losyen Badan Moist Me Marvellous


LOSYEN BADAN MOIST ME MARVELLOUS

Dengan teksturnya yang ringan dan melembapkan, Moist Me Marvellous Body Lotion membelai dan memanjakan badan anda dengan 10 jenis buah beri dan buah-buahan termasuk beri Goji, beri Noni dan beri Acai serta diperkaya dengan vitamin E, C dan provitamin B3, B5 dan B6

CARA PENGGUNAAN

Selepas mandi, urut seluruh badan anda dengan losen dalam jumlah yang bersesuaian, terutamanya kawasan yang kering. Ulangkan sapuan mengikut keperluan bagi memperolehi perlindungan dan kelembapan tambahan. Untuk hasil terbaik, guna bersama Shower Me Smoothly Shower Gel dan Polish Me Perfect Body Scrub.

HARGA - RM40

Syampu Badan Shower Me Smoothly

SYAMPU BADAN SHOWER ME SMOOTHLY

Gel mandian ini bertindak dengan lembut manakala ekstrak botaninya memelihara kulit dengan nutrisi yang memberi perlindungan kulit semula jadi. Diformulasi dengan sebatian unik dari 10 jenis buah beri dan buah-buahan seperti beri Goji, beri Noni dan beri Acai yang membekalkan vitamin E, C dan provitamin B3, B5 dan B6 yang diperlukan untuk kulit yang lebih sihat.

Menangi peperangan menentang rambut gugur bermula dari akarnya. Syampu Loss No More Hair Fall Control diformulasi daripada ekstrak Minyak Argan Organik – yang juga dikenali sebagai minyak ajaib – kerana mampu memperbaik dan memperkuatkan rambut anda. Antioksida bertindak dengan melawan radikal bebas yang merosakkan rambut dan yang menghalang pertumbuhan rambut sihat sementara Vitamin E bertindak untuk menyegarkan dan memperbaharui rambut yang rosak. Apa lagi yang anda nantikan? Tampilkan rambut anda yang berkilauan dan sihat menawan.

CARA PENGGUNAAN

Guna dalam jumlah yang bersesuaian ke atas rambut anda selepas bersyampu. Biarkan selama satu hingga dua minit sebelum dibilas.

HARGA - RM36

Pelembap Lift Me Up



PELEMBAP LIFT ME UP

Pelembap ini menyegar dan mengekalkan kelembapan untuk melembut dan menganjalkan kulit.
* Untuk kulit kering dan normal

Impikan pelembap menyeluruh yang memahamikeperluan anda untuk kulit yang mengalami penuaan. Itulah Pelembap Lift Me Up. Diformulasi dengan ramuan yang memberi khasiat kepada kulit seperti Sequoia, Blue Lotus dan Argan dan Vitamin E, pelembap Lift Me Up ini menyegarkan, melembapkan dan memberi kesan keanjalan kulit serta mempunyai kelebihan sebagai antioksidan. Kulit anda akan lebih selesa, berseri dan mempunyai kesan berkekalan dengan setiap penggunaan.

CARA PENGGUNAAN

Gunakan spatula untuk mengeluarkan pelembap ini dari bekas dan sapu pada muka serta leher dalam gerakan membulat yang lembut. Amalkan pada waktu siang dan malam. Guna Pelindung cahaya Sunblock Me selepas langkah ini pada waktu siang.

HARGA - RM177