Showing posts with label Alat-alat Makeup. Show all posts
Showing posts with label Alat-alat Makeup. Show all posts

Saturday, 16 June 2012

Pelembap Soak Me In


PELEMBAP SOAK ME IN

Pelembap Soak Me In membekalkan kulit anda dengan Asid Hialukronik dan Vitamin E yang memberi kelembapan segera dan perlindungan kepada kulit.

Pelembap Soak Me In membekalkan kulit anda dengan Asid Hialukronik dan Vitamin E yang memberi kelembapan segera dan perlindungan kepada kulit. Kelembapan adalah diperangkap untuk kesan yang bertahan lama serta melindungi kulit daripada radikal bebas. Kulit kelihatan muda dan bermaya dengan bekalan kelembapan dan kesegaran semula.

CARA PENGGUNAAN

Sesuai untuk semua jenis kulit. Gunakan spatula untuk mengeluarkan pelembap ini dari bekas dan sapu pada muka serta leher dalam gerakan membulat yang lembut. Amalkan pada waktu siang dan malam selepas pembersihan muka dan Serum Soak Me In. Guna penghalang cahaya Sunblock Me selepas langkah ini pada waktu siang.


HARGA - RM110

Friday, 15 June 2012

Pembersih Makeup Kalis Air Nutri Eye & Lip


PEMBERSIH MEKAP KALIS AIR NUTRI EYE & LIP

Pembersih solekan unik ini sangat berkesan pada solekan kalis air, ia memberi manfaat kepada kulit serta lembut pada kawasan mata dan bibir. Kombinasi bahan-bahan yang kaya dengan antioksida seperti minyak biji anggur, sel stem teh hijau, ekstrak bijian soya dan kologen yang terhidrolisis mampu melindungi kulit, menghilangkan garis-garis halus dan kedutan, menambah keanjalan dan menghaluskan kulit.

CARA PENGGUNAAN


Sebelum menggunakan produk ini, goncang dahulu untuk mendapatkan sebatian sempurna antara lapisan air dan minyak. Titiskan pada kapas pembersih dan lapkan pada bahagian mata dan bibir. Tekap seketika pada bahagian mata dan bibir untuk mencairkan solekan sebelum dilap untuk membersihkan semua baki solekan. Guna kapas pembersih baru untuk setiap mata dan bahagian bibir

HARGA - RM55

Precious Pouch


PRECIOUS POUCH

Berasal daripada falsafah Enuca untuk kemewahan, lahirlah beg solekan yang direka sebagai padanan sempurna kepada rangkaian kosmetik kami yang pelbagai pilihan. Precious Pouch adalah sebuah beg yang sempurna untuk menyimpan alat-alat solek dan peralatan untuk keperluan kecantikan anda.

HARGA - RM55

On Cloud 9 Brush Set


ON CLOUD 9 BRUSH SET

Setiap berus diperbuat daripada nilon dan bulu kuda yang berkualiti tinggi untuk penggunaan yang berkesan, sempurna dengan solekan semula jadi. Berfungsi untuk memberikan kecantikan, ia menyediakan semua peralatan yang anda perlukan untuk menampilkan kesempurnaan wajah yang anda inginkan.

On Cloud 9 Brush Set terdiri daripada:
- berus bedak
- berus pemerah pipi
- berus untuk penggunaan bedak asas dan concealer
- berus blend
- berus besar pembayang mata
- berus kecil pembayang mata
- berus berspan 

CARA PENGGUNAAN

Lap dengan lembut bahan-bahan solekan lebihan yang terdapat pada berus sebelum menyimpannya. Basuh dengan air suam bersabun setiap dua minggu dan keringkannya secara mendatar.

HARGA - RM268

Splendid 6 Brush Set


SPLENDID 6 BRUSH SET

Dicipta dalam bentuk yang comel dan tahan lama, set mudah-alih ini direka supaya senang dimuat dalam beg solek, beg tangan atau beg dokumen agar anda lebih mudah untuk menggunakan alat solek apabila diperlukan. Set berus lembut ini mempunyai kualiti tahap profesional. Diperbuat daripada nilon dan bulu kuda berkualiti tinggi agar solekan dapat dilakukan dengan mudah dan halus apabila menggunakannya.

Spledid 6 Brush Set ini terdiri daripada:
- berus bedak
- berus untuk penggunaan bedak asas dan concealer
- berus blend
- berus pembayang mata
- berus berspan
- berus bersudut.

CARA PENGGUNAAN

Lap dengan lembut bahan-bahan solekan lebihan yang terdapat pada berus sebelum menyimpannya. Basuh dengan air suam bersabun setiap dua minggu dan keringkannya secara mendatar.

HARGA - RM166